Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang
guru tidak dapat mencapai keberkesanan dalam pengajaran. Terdapat banyak model
reka bentuk pengajaran yang boleh menjadi panduan menghasilkan proses atau bahan pengajaran dan pembelajaran
yang merangkumi perkara asas berikut:
(a) menentukan keperluan pelajar;
(b) menentukan matlamat dan objektif;
(c) membina prosedur penilaian;
(d) mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian;
(e) mencuba sistem pengajaran; dan
(f) menilai keseluruhan sistem.
Model ASSURE merupakan model reka bentuk pengajaran yang
biasa digunakan dalam proses pemilihan dan penghasilan media. Model ASSURE mengandungi 6 langkah iaitu:
A–Analyse learner (Analisis pelajar)
S–State objective (Nyatakan objektif)
S–Select method, media, and materials (Pilih kaedah,
media dan bahan)
U–Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan)
R–Require learner participation ( Memerlukan penglibatan
pelajar)
E–Evaluate and revise (Nilai dan semak)
Tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah untuk
menghasilkan pengajaran yang berkesan bagi membolehkan pelajar memperoleh
kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan serta digemari oleh pelajar.
Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap mewujudkan keyakinan,
kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar, sekaligus membina
disiplin yang positif. Ini kerana pengajar dapat melaksanakan pengajaran dengan
lancar dan menarik serta tidak membazir masa dan sistematik.









No comments:
Post a Comment